Tuesday, August 17, 2010

mateku mengecil...huhu

Awat tiba-tiba mateku rasa berat je ni??
Jam baru menunjukkan pukul 2.50 p.m.
Hari-hari sebelum ni ok je. Tak mengantuk pun petang-petang.
Tapi hari ni rs mengantuk terlebey.
Siap aku terlelap sekejap, boleh terlentuk kepala aku ni.
Cepat2 aku sedarkan diri.Bahaya kalau madam bos nampak aku tido.
Kang x pasai2 aku kene SOUND DIRECT. Tak mo aku.

Time mate tengah stim, mule la aku meringankan jariku menaip kat carian GOOGLE SEARCH ENGINE untuk cari benda yang boleh buat aku hilang ngantuk.

Mula-mula aku taip "cerita menghilangkan ngantuk". Kemudian aku ENTER.

HASILNYA...keluarlah cerita lucu, cerita lawak dan seumpamanya.

So, aku click lah salah satu link. Aku ingat cerita-cerita yang dipublish tu besh. Tapi x pun. Buat aku menguap je. Tambah mengantuk aku. huhu

Aku start berfikir ape yang boleh wat aku segar?? emm...

Tiba-tiba aku nk try guna ayat carian kat GOOGLE "HUNDREDS OF GAMES". Dalam sekelip mata je keluar RESULTnya.
Keluar banyak link plak tu semuanya berkaitan games online.

Aku pun click link yang atas sekali.

Masuk je webpage tu. Pergh!! memang banyak games. Games arcade, puzzle dan lain-lain. Aku pun cari la game yang aku minat iaitu shooter, puzzle. Aku try la salah satu game. Nampak cam boley maen tapi aku tgk page blank je. emm..sah tak le maen ni.

Tak pe la. Tutup je la INTERNET EXPLORER ni.

Aku sandar pada kerusi aku, tak lama selepas tu, aku mendagu mukaku...lelap cuma sekejap je. Ye la seperti aku cakap awal2 kalo bos nampak habes bersoal jawab nnt..huhu.

Aku ada terbaca 1 website ni pasal mengantuk. Die ada bagi nasihat. Untuk kurangkan mengantuk, pi la tempat yang pencahayaan dia banyak. Tak pun pi ke tingkap hirup udara kat luar tingkap, tengok pokok2 hijau (elok untuk mata..insyallah dapat segarkan mata). Tak pun pi ke meja kawan sekerja berborak sebentar. Paling elok lagi, pi toilet, rendam muka dalam besin. hehe...acah je...Pi la toilet basahkan muka. Basuh banyak-banyak kali, rendam mata dalam air. Memang segar.

Cara aku segarkan mata aku ni. Aku x pi ke tingkap sebab tingkap tak ada. Cuma bilik bos je ade tingkap. Tak kan aku nak pi bilik bos semata-mata nak pi ke tingkap tengok pemandangan luar?? No no..

Aku x pi ke meja kawan aku sebab dekat je. Obvious sangat la kalo aku pi ke meja diorang. Tak pasai2 madam bos tuk menjeling je. hehe. Lagipun jarak antara meja sangat dekat. Nak sembang pun sembang antara meja je la.

Pencahayaan kat meja aku ni dah cukup kuat. No need pencahayaan lain.

Caranya..hehe aku pi ke toilet ngan muka kuyu. Aku basuh sebasuhnya muka aku ni. Sangat best. Air sejuk. Rasa nak mandi pun ada. Aku basuh kasi lama sikit. Lap2 then balik ke meja aku.

Sampai ke meja, mata dah segar. Nak bertambah segar, aku pun ape lagi buka la blog aku ni dan start karang ayat. Dan alhamdulillah panjang lebar ayat2 aku diatas telah membuat aku segar sepenuhnya. hehe..

Nanti kalo ngantuk, memang kene basuh muka dan menulis. Memang berkesan.

Sekian sahaja cerita saya. Tak menarik pun. Asalkan aku segar cukup. hehe

Monday, August 02, 2010

MaSaK aYaM kUrMa, aYam GoREnG daN sAYuR kObis (01/08/10)

Petang Ahad (01/08/10), Aku teringin sangat nak masak. Kebetulan pula time tu tengahari mmg cantik sangat untuk memasak.

Aku tanya mak aku nak makan ape tengahari ni?? Jam dah tunjuk kul 1.45pm. Ayah pula duk tanye mkn ape tengahari ni. Memandangkan aku dah makan (mkn pagi sama2 ngan abg aku), adik2 aku pun dh mkn pagi juga (mkn nasi lemak), mak aku pun dh mkn ns. lemak cuma ayah aku je mkn kuih. So semestinya ayah berasa lapar.

Aku ckp kt ayah aku yang aku nak masak. Ayah dah berkerut dah muka kate "Tak payah. Kamu pi beli makanan tempat biase". Dalam hati ku kate nk masak huhuhu. Kemudian mak plak ckp "Kamu beli makanan dulu kemudian baru beli barang2 yang nak masak".

Mak kata lagi "Tapi lambat la camtu. Nanti Ayah kamu kebuluran plak". By the time mak habis cakap, ayah datang sambil bawak nasi putih (panas) dan kari ikan semalam (yang simpan dalam peti ais). Aduh! Ayah makan lauk semalam. Sori ayah. Anak ayah ni lambat beno geraknya nk beli makanan al-maklum pemalas tul.huhuhu

Aku pun tanpa lengah-lengah masa lagi. Aku tanya mak aku nk makan ape tuk malam ni (sekali tuk mkn tengahari walaupun lambat). Mula-mula mak ckp nak masak kari ayam sebab semalam makan kari ikan. Kemudian mak tukar fikiran, nak makan kurma ayam. Aku okay je (walaupun aku x tau nk masak kurma hehehe). Mak listkan bahan2 tuk masak dan juga duit.

Aku pun pi la ciap2 pakai tudung, amek kunci kete, amek list barang and duit dari mak dan gerak ke kedai runcit. Aku pi area dekat2 ngan umah aku. Sampai je di kedai runcit aku beli ayam 1 ekor (potong kecik), beli ikan kembung (1 kilo tuk dimasak keesokkan harinya), beli udang kering 2 kampit, beli cili padi 1 gengam, beli limau nipis 1 gengam, beli bendi 6 batang, beli halia, beli serbuk kurma cap ADABI 1 kampit, pati santan dan beli 1 roti pound panjang. Pas beli barang, aku pun balik umah terus.

Sampai je di umah, aku terus pi dapur cuci2 pinggan mangkuk yang ada dalam singki. Lap-lap singki kasi bersih then baru siang ikan, bersihkan ikan, basuh ayam, lama jugak la aku bersihkan ikan dan ayam ni. Agak2 dalam 20 minit baru aku selesai basuh kedua-duanya. Selepas basuh, aku pi potong kuku kejap (Dan aje aku potong kuku). Ye la nak masak kan. Aku xmo kuman masuk dalam makanan yang aku masak. Kalo kuman ada, nnt 1 family sakit. Tak ke payah tu.

Time aku potong kuku, mak tanye dah masak ke belum?? Aku ckp "Belum lagi mak. Jap2. Potong kuku sat". Pastu adek aku tanya "Dah masak ek Yung??". Dia pi dapur tengok kosong lagi kuali. Aku ckp kat adik aku "Sabo2. Nak masak la ni. Kejap je nak potong kuku sat".

Selepas je aku potong kuku, aku pi dapur balik sediakan bahan-bahan nak masak.

Ayam yang dibasuh, aku amek lebey kurang 6-7 ketul tuk digoreng. Selebihnya diguna tuk masak kurma. Aku hiris bawang merah besar (1 biji), hiris bawang putih (3 biji), hiris halia (2 inci), kentang (4 biji) dibuang kulit dan dipotong kecik, agak2 1 mangkuk kecil serbuk kurma ADABI dituang air kedalamnya dan dikacau hingga sebati dan pati santan. Aku sediakan 1 mangkuk kecil yang dalamnya mengandungi bawang merah (2 biji kecil) dibelah dua tuk dimasukkan ke dalam kuah kurma pada akhir masakan.

Okay, tiba la masa tuk memasak. Aku ambil periuk sederhana besar. Letak atas dapur, bukak api dan tuang minyak kedalamnya (Aku main tuang jek asalkan dapat tumis bawang). Aku biarkan sekejap kasi minyak panas kemudian aku tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris. Aku tumis sampai naik bau. Kemudian aku masukkan kurma. Aku gaul then aku masukkan kesemua ayam. Time ni aku dah pelik. Macam mana nak gaulkan ayam ni ngan kurma. Time tu api kuat. Aku cuak takut hangit plak masakan aku ni. Aku ape lagi dengan pantas pi amek air kat singki (walaupun sikit airnya) tuang air tu dalam periuk. Fuh!! lega. Aku tambahkan air ke dalam periuk kemudian kacau ayam dengan kurma.

Menurut tatacara memasak dibelakang serbuk ayam/daging ADABI, aku kene tutup periuk tu tuk bagi ayam empuk. So, aku tutup la..kejap tutup kejap bukak. Ntah berapa kali aku bukak tutup penutup periuk tu. Adik aku ecah mai tgk aku masak. Dia tanya nape santan x masuk?? Aku cakap la yang aku nak kasi empuk ayam ni. Then dia balas "Eh! kentang pun ko x masuk lagi ke?? Dah la susah nak lembutkan kentang ni". Dalam fikiran aku "A'ah. Ye x ye ek. Kang ayam dah empuk, kentang still keras." Aku pun ape lagi masukkan kentang then masuk santan. Kacau-kacau kasi sebati.

Kemudian aku letak sedikit garam. Aku main agak je banyak mane nak taruk garam tu. Aku gaul, biarkan sekejap kemudian rasa. Emm...sedap...hehe. (Kurmaku dah menjadi..bestnya). Aku masukkan bahan terakhir iaitu bawang merah (2 biji) yang telah dibelah dua ke dalam periuk. Aku gaul sekejap kemudian aku tutup periuk tu.

Semasa aku tengah masak kurma ayam, aku ambil gap-gap tertentu tuk goreng ayam. Nasib baik dapur ni ada 2 tempat masak. Sebelah masak ayam kurma, sebelah lagi masak lauk lain. Untuk goreng ayam ni, mula-mula aku ambil bekas kosong kemudian aku masukkan ayam yang telah aku asingkan awal tadi (6-7 ketul ayam). Aku taburkan garam dan kunyit dan gaul ayam tu dengan tangan. Aku panaskan kuali dan masak ayam tersebut atas kuali.

Selepas habis goreng ayam, aku check kuah kurma ayam aku ni, aku tgk ayam dah empuk. Tinggal kentang je lagi x empuk-empuk. Aku tutup periuk tu balik dan biarkan ia masak.

Aku letak tepi kuali ayam goreng tadi. Aku ambil periuk baru (periuk ni kecik dari periuk yang aku guna masak kurma ayam) dan diletakkan diatas dapur untuk masak sayur.

Aku dah sedia awal dah bahan-bahan tuk masak sayur. 1 biji besar bawang merah aku hiris nipis. Sayur kobis dipotong kecil (supaya nampak banyak sikit sayur tu) dan sedikit udang kering yang telah dibasuh. Aku panaskan kuali. Tumis bawang merah dan udang kering sampai naik bau. Masukkan sedikit air. Taburkan sedikit garam. Gaul dan tunggu sampai air menggelegak. Sekejap je nak tunggu air menggelegak. Bila dah menggelegak je, masukkan sayur kobis tadi dan gaul sayur sampai lembut kemudian tutup la api.

Sambil masak sayur, aku intai2 periuk kat sebelah (periuk masak kurma ayam). Aku tgk cm dah empuk je kentang. So, aku tutup la api.

Alhamdulillah..siap la sudah masakan aku. Aku hidang kesemua hidangan tu dan panggil mak ayah ecah wan dan nye makan.



Nak tau x?? hehehe

Adik laki aku puji masakan aku. Suka2!! Mak aku xde ckap pape. Ayah pun sama. Ecah cakap Ok (puji gak tu hehe).


Emm..pasni kene belajar resepi laen...xkan nak bagi bakal suami makan lauk yang same tul x??
Nanti aku post cara aku masak masakan lain plak...nanti kan... ;)

Thursday, July 29, 2010

Aku nak belajar menjahit

Aku teringin betul nak belajar jahit.
Mak dah bagi greenlight, just aku kene cari tempat nak belajar je.
Survey punya survey (survey kat tenat), jumpa la 2 site ni.

1st site yang aku kunjung http://smartskill.blog.ca
Aku mmg teruja la bila tgk site ni.
Dia baru post promosi tuk Ramadhan yang akan tiba.
Ada 5 Pakej, mmg menarik.
Tapi malangnye, site ni x bagitahu pun yuran-yuran tuk setiap pakej.
Emm..mgkn kalo die letak harga, x ade yang nk dtg kursus ni.
Aku rs kursus menjahit ni mahal la.
Mgkn beribu.
Huhuhuhu...
Dan lagi 1, die x bagitahu pun lokasi dorg wt kursus ni.
Aku x contact lg site ni tuk tanyakan yuran keseluruhan berdasarkan pakej y dipromosikan.
Aku harap x mahal.
Pendaftaran tuk promosi ni start dari 26/7/10-20/8/10 dan no yuran pendaftaran.

2nd site yang aku kunjung http://tikfashion.blogspot.com
Tengok je site ni, keinginan aku nk belajar jahit membuak-buak.
Argh!! X sabar rsnye nak belajar jahit.
Aku bace profil blog ni. Namanya Pn. Yati.
Dia amek kursus MLVK dan berkecimpung dalam dunia jahitan selama 20 tahun.
Ok la kan?
Banyak good2 comments from her students.
Pn. Yati ni mmg ajar dr basic jahitan hingga ciap sepenuhnya 1 baju.
Masa yang diambil tuk siapkan 1 set baju kurung and kain 2 hari sahaja x pun 1 hari.
Kosnya agak mahal la RM 250 tuk 2 hari @ 1 hari. Additional hari kene tambah RM30.
Pn. Yati duk kat Ijok. Jauh la nk pi. Aku suka lagi belajar kat umah die. Umah aku kecik. X ada space nak belajar jahit. Huhuhu
Aku target nak belajar ngan Pn. Yati. Tapi mak aku and adek2 aku suh aku survey dulu tempat2 laen.
Emm...survey dulu la. ;)

Sunday, June 06, 2010

rInDu Ku PaDaMu ^_^

kewujudan mu membawa erti baru dalam hidupku
sinar yang dulu kelam
kini kembali menyinar sepenuhnya seperti matahari yang menyinari bumi
tidak ku duga kewujudan mu membawa perubahan dalam hidupku
kehangatan terasa ketika bersama mu...tidak ingin sekali melepaskan mu
ku rindui mu...
ku sayangimu...
cintaku hanya untukmu...
abg...syg syg abg...syg...sgt2...