Awat tiba-tiba mateku rasa berat je ni??
Jam baru menunjukkan pukul 2.50 p.m.
Hari-hari sebelum ni ok je. Tak mengantuk pun petang-petang.
Tapi hari ni rs mengantuk terlebey.
Siap aku terlelap sekejap, boleh terlentuk kepala aku ni.
Cepat2 aku sedarkan diri.Bahaya kalau madam bos nampak aku tido.
Kang x pasai2 aku kene SOUND DIRECT. Tak mo aku.
Time mate tengah stim, mule la aku meringankan jariku menaip kat carian GOOGLE SEARCH ENGINE untuk cari benda yang boleh buat aku hilang ngantuk.
Mula-mula aku taip "cerita menghilangkan ngantuk". Kemudian aku ENTER.
HASILNYA...keluarlah cerita lucu, cerita lawak dan seumpamanya.
So, aku click lah salah satu link. Aku ingat cerita-cerita yang dipublish tu besh. Tapi x pun. Buat aku menguap je. Tambah mengantuk aku. huhu
Aku start berfikir ape yang boleh wat aku segar?? emm...
Tiba-tiba aku nk try guna ayat carian kat GOOGLE "HUNDREDS OF GAMES". Dalam sekelip mata je keluar RESULTnya.
Keluar banyak link plak tu semuanya berkaitan games online.
Aku pun click link yang atas sekali.
Masuk je webpage tu. Pergh!! memang banyak games. Games arcade, puzzle dan lain-lain. Aku pun cari la game yang aku minat iaitu shooter, puzzle. Aku try la salah satu game. Nampak cam boley maen tapi aku tgk page blank je. emm..sah tak le maen ni.
Tak pe la. Tutup je la INTERNET EXPLORER ni.
Aku sandar pada kerusi aku, tak lama selepas tu, aku mendagu mukaku...lelap cuma sekejap je. Ye la seperti aku cakap awal2 kalo bos nampak habes bersoal jawab nnt..huhu.
Aku ada terbaca 1 website ni pasal mengantuk. Die ada bagi nasihat. Untuk kurangkan mengantuk, pi la tempat yang pencahayaan dia banyak. Tak pun pi ke tingkap hirup udara kat luar tingkap, tengok pokok2 hijau (elok untuk mata..insyallah dapat segarkan mata). Tak pun pi ke meja kawan sekerja berborak sebentar. Paling elok lagi, pi toilet, rendam muka dalam besin. hehe...acah je...Pi la toilet basahkan muka. Basuh banyak-banyak kali, rendam mata dalam air. Memang segar.
Cara aku segarkan mata aku ni. Aku x pi ke tingkap sebab tingkap tak ada. Cuma bilik bos je ade tingkap. Tak kan aku nak pi bilik bos semata-mata nak pi ke tingkap tengok pemandangan luar?? No no..
Aku x pi ke meja kawan aku sebab dekat je. Obvious sangat la kalo aku pi ke meja diorang. Tak pasai2 madam bos tuk menjeling je. hehe. Lagipun jarak antara meja sangat dekat. Nak sembang pun sembang antara meja je la.
Pencahayaan kat meja aku ni dah cukup kuat. No need pencahayaan lain.
Caranya..hehe aku pi ke toilet ngan muka kuyu. Aku basuh sebasuhnya muka aku ni. Sangat best. Air sejuk. Rasa nak mandi pun ada. Aku basuh kasi lama sikit. Lap2 then balik ke meja aku.
Sampai ke meja, mata dah segar. Nak bertambah segar, aku pun ape lagi buka la blog aku ni dan start karang ayat. Dan alhamdulillah panjang lebar ayat2 aku diatas telah membuat aku segar sepenuhnya. hehe..
Nanti kalo ngantuk, memang kene basuh muka dan menulis. Memang berkesan.
Sekian sahaja cerita saya. Tak menarik pun. Asalkan aku segar cukup. hehe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
haha. baguih la u! i xley wat... dorang block blogging2 niey... y tu y bolg i slow gler i nk update nyer... huhu
ReplyDeleteye ker?? kt tempat i dorg xde nk block website, bestkan?? hehe..
ReplyDelete